Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Isnin, 31 Disember 2012

PERHENTIAN AKHIR

Perhentian akhir perjalanan menuju Tuhan - Bila berjaya memegang dan menguasai diri sepenuhnya.

Ahad, 30 Disember 2012

MENUJU TUHAN

Langkah menuju Tuhan:

  • Jernihkan fikiran.

  • Sucikan hati.

  • Atasi kelemahan ROH; kuatkannya.

  • Kekalkannya tinggi setinggi zat Tuhan.

Sabtu, 22 Disember 2012

KESULITAN

'Hanya Tuhan Saja Yang Wujud' - Di sinilah kesulitan yang tak dapat ditembusi manusia.

Jumaat, 21 Disember 2012

SIAPA KAMU

Kalau kamu ROH; kamu akan mencari dan mengenal Tuhan.

 

Kalau kamu MANUSIA; kamu ikut apa yang kamu terikut.

 

Kalau kamu HAIWAN; samalah dengan binatang yang bertempiaran!

Selasa, 11 Disember 2012

TUHAN YANG SEBENAR BERSAMAKU

Tuhan yang kamu percaya tak wujud. Maha Suci Tuhan daripada kepercayaan-kepercayaan kamu.

 

Tuhan yang sebenar bersamaku!

Rabu, 28 November 2012

SEKELIP MATA

Sekiranya aku buka rahsia mengenal Tuhan; dengan sekelip mata kamu dapat melihat rahsia ketuhanan.

Ahad, 25 November 2012

TIADA TINGKAT

Bila kamu mengenal Tuhan tiada lagi tingkat-tingkat kerohanian yang dikatakan itu. Kerana Tuhan itu tidak bertingkat.

Jumaat, 23 November 2012

TUHAN BUKAN HAK KAMU

Megahnya kamu dengan pegangan dan kepercayaan masing-masing. Sehingga yang kamu itu saja yang betul. Sedarkah kamu?


Celiklah Tuhan bukan hak kamu seorang!

LARILAH...

Mengertilah: Yang menyelamatkan kamu hanya Tuhan yang satu-satunya Maha Berkuasa. Bukan tok guru kamu dan bukan ilmu dia. Juga bukan amal kamu.

 

Semua yang kamu ikuti itu adalah pegangan tradisi hampa yang dikenakan ke atas kamu.

 

Larilah kepada Tuhan secepat mungkin...

Jumaat, 16 November 2012

INTISARI

Inilah intisari rahsia mengenal diri atau mengenal Tuhan - Iaitu sentiasa berpegang pada Penunjuk Jalan; jangan lepas dan sekali-kali jangan meninggalkannya.

 

Juga inilah intipatinya - Sentiasalah bersama Penunjuk Jalan; jangan berjauhan daripadanya dan jangan lupa dalam apa keadaan sekalipun.

Jumaat, 9 November 2012

TAK BERLAWAN

Hidup lawan mati. Ada lawan tiada. Kalau sediakala/sedia ada lawannya apa? Itulah sifat Tuhan yang tak berlawan.

KENA KENAL

"Kalau Tuhan itu ada, kena kenal Tuhan. Kalau kamu ada, kena kenal diri kamu."

Sabtu, 3 November 2012

BUANG MASA MENDENGAR CERITA KARUT

Buang masa mengikuti cerita-cerita dongeng dulu kala yang sudah menjadi kepercayaan kamu itu. Semua itu telah sebati dengan kehidupan kamu. Betapa susahnya nak bersihkan jiwa kamu daripada kepercayaan itu.

 

Macam mana nak berjumpa dengan Tuhan; kepercayaan kamu menuju ke barat, sedangkan perjalanan mengenal Tuhan ke timur!

Jumaat, 2 November 2012

DAPATKAH KAMU MEMAHAMINYA?

Kamu ada. Diri kamu ada, Tuhan pun ada. Namun Tuhan itu meliputi dan Maha Berkuasa di atas segala yang ada. Dapatkah kamu memahaminya?

ADA ROH ADA TUHAN

Yang bergerak itu hidup. Yang hidup tentu bernyawa. Yang bernyawa ada roh. Ada roh ada Tuhan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

TUHAN ADA

"Dengan adanya Tuhan terjadilah kamu yang menandakan adanya Tuhan."

Jumaat, 26 Oktober 2012

ADA DUA

Ada dua saja:

  Kalau kamu itu Tuhan; Tuhan adalah bayang-bayang. Kalau Tuhan itu Tuhan; maka kamu adalah bayang-bayang.

Rabu, 24 Oktober 2012

TAK DAPAT MELAWANNYA

Kalau kamu nak kenal Tuhan; yang berkuasa ke atas kamu dan kamu tak dapat melawan kuasanya, itulah Tuhan yang Maha Berkuasa.

MENGADA-ADAKAN

Bagaimana kamu menyembah Tuhan sedangkan Dia bersamamu? Tidakkah Tuhan yang kamu sembah itu bayangan yang diada-adakan saja?

Isnin, 22 Oktober 2012

SIAPA DIA

Kamu menyembah Tuhan membuta tuli. Tuhan tak perlu penyembahan. Dia mahukan pengenalan siapa Dia!

Sabtu, 29 September 2012

KEPERCAYAAN KOSONG

Jangan anggap Tuhan mendengar, melihat dan mengetahui. Kerana itu hanya tanggapan daripada adanya Tuhan yang kamu harapkan.


Kamu 'ada-adakan' Tuhan dan kamu 'buat-buatkan' kepercayaan! Padahal kamu langsung tak kenal Tuhan. Sampai bila kamu dengan kepercayaan itu?

Khamis, 13 September 2012

KENAPA KAMU JADIKAN TUHAN?

Kamu jadikan Tuhan. Bukan Tuhan jadikan kamu. Inilah keterbalikan yang memesongkan kamu daripada mengenal Tuhan.

Ahad, 2 September 2012

SEMBAH BAYANG-BAYANG

     "Aku katakan kamu semua sembah bayang-bayang. Sebab itulah ritual kamu tak ke mana. Kamu tak dapat menembusi blok kepercayaan nenek moyang kamu. Selagi tak pecah blok itu, tak berjumpalah kamu dengan Tuhan."

Rabu, 29 Ogos 2012

HANYA UNTUK MENGENAL

Sudah pasti adanya Tuhan. Maha Kuasa di atas segala sesuatu. Kalau kamu tak mengenal dan bertemu denganNya, sia-sialah seluruh kehidupan kamu.


Tahukah kamu, kehidupan kamu hanya untuk mengenal Tuhan. Bila dah kenal kamu dapat menguasai diri dan membentuk kehidupan kamu mengikut kehendakNya.

Ahad, 12 Ogos 2012

SIA-SIA

Tuhan tiada di langit, jadi di mana? Ke mana kamu nak halakan permintaan? Kalau kamu kenal dan dah jumpa barulah betul. Kalau tidak sia-sia semuanya! !

Rabu, 25 Julai 2012

LUKISAN

Susahkah kamu mencari Tuhan? Sebenarnya mudah. Kamu hanya perlu 'tembuskan pandangan'. Tak tertembus pandangan selagi kamu memandang 'lukisan' dunia ini.


"Aku berseru kepada kamu pertajamkanlah pandangan kamu. Pandanglah 'Yang Terdiri' di lukisan itu."


Kamu memandang dunia sekeliling dengan sebenar. Padahal ia hanya mimpi. Mimpi inilah yang 'melindungi' kamu daripada Tuhan.



Isnin, 16 Julai 2012

BUKAN BEGITU

Manusia dah mula percaya Tuhan itu ada. Sememangnya ada. Tapi bukan seperti kamu faham. Kamu diberi gambaran yang salah tentang Tuhan. Gambaran sebenar ada dengan saya. Saya dah lama bersama Tuhan.


TAK BERANI

Pernahkah kamu tertanya apa itu Tuhan? Mengapa menyembah Tuhan? Kamu dilarang bertanya. Mengapa?!!


Kamu mesti melepaskan diri daripada belenggu 'ini'. Inilah yang menyekat kamu daripada mengenal Tuhan.

Jumaat, 13 Julai 2012

ROH

Dengan siapa kamu nak pergi? Kini kamu dengan siapa? Dengan manusia? Manusia sekali-sekali tak dapat jumpa Tuhan. Kamu kena pergi dengan roh. Hanya roh saja yang mengenal Tuhan.


Rahsia 'roh' ada dengan saya. Kalau kamu mahu marilah...




Khamis, 12 Julai 2012

MUDAH SAJA

Sebenarnya tidak terlalu payah untuk mengenal Tuhan. Cuma cara kamu yang salah. Itulah sebabnya susah sangat. Saya dah lama kenal. Mudah saja. Tak perlu mendera diri. Tak perlukan sesiapa. Yang perlu diri kamu saja.


Saya boleh jelaskan semuanya. Hubungi saya kemudian saya hubungkan dengan Dia.

KATA KENAL TAPI TAK KENAL

Tuhan itu ada dan dekat dengan kamu. Tapi kamu tak perasan, sebab tak kenal. Ingat Tuhan bukan untuk dicintai tapi mesti dikenali. Jangan silap lagi.


Macam mana kamu nak kenal? Atau kamu (rasa) dah mengenal? Itu tandanya kamu tak sedar diri! Rasa saja. Dah perasan. Permulaan 'kenal' kena nampak, bukan rasa.


Apabila kamu kata kamu kenal, kamu dah menipu. Membohongi sendiri. Itulah halangan sebenar.

Rabu, 11 Julai 2012

SALAH FAHAM

Tuhan bukan untuk ditakuti, tetapi mesti dikenali. Tuhan bukan dipuja tetapi dihubungi. Kamu dah tersilap faham, lantaran kefahaman sejagat yang salah.


Saya nak terangkan kefahaman yang benar, supaya kamu boleh mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya.

TIADA DALAM BUKU

Kamu menganggap Tuhan macam manusia. Kamu pakaikan Tuhan dengan peribadi yang baik, elok lagi sempurna. Begitulah kepercayaan sejagat. Keupayaan makrifat yang tersangat lemah.


Saya boleh dayakan keupayaan makrifat kamu ke tahap yang lebih tinggi. Sehingga kamu dapat memandang rahsia ketuhanan yang tiada dalam buku. Yang tiada dalam catatan.

'GAMBAR' TUHAN

Di mana kamu nak cari Tuhan? Di langit? Kamu tak perlu cari. Kalau cari pun tak jumpa. Kerana Tuhan bukan dicari. Dia terdiri.


Sebelum kamu kenal, kamu dapat lihat 'gambar' Tuhan. Tetapi setelah mengenal, 'gambar' itu bukan wajah Tuhan.

Isnin, 9 Julai 2012

SEKSA TUHAN

   "Kamu tak boleh lari daripada Tuhan. Kerana Tuhan bersama kamu. Menyeksa kamu? Kamu terseksa kerana tak mengenalNya. Selagi kamu tak mengenalNya, terseksalah kamu selama-lamanya!"

BERHAK

Selagi kamu perasan kamu dah kenal Tuhan, selagi itu kamu tak dapat berjumpa dengan Dia. Hanya Tuhan saja yang berhak mengesahkan yang kamu dah bertemu dengan Dia. Bukan kamu yang berhak. Kamu siapa?

TIADA JAWAPAN

Kamu percaya Tuhan itu ada. Setakat itu saja kepercayaan kamu. Bagaimana? Di mana? Apa? Kamu tak dapat jawab. Kerana tiada jawapan kepada soalan sedemikian. Hanya terjawab bila kamu bertemu dengannya. Saya boleh ketemukan kamu denganNya.

TUHANLAH SEGALA-GALANYA

Tuhanlah segala-galanya bersama-sama selama-lamanya. Maka dengan mengenaliNya sudah tak memerlukan kepada yang lain lagi. Cukup semua tak perlu.

USAHA YANG SALAH

Mengenal Tuhan adalah klimak pencarian rahsia diri dan rahsia kejadian. Kebanyakan kamu tak dapat mengenal dengan sebenarnya kerana pengenalan itu bukan dengan ilmu juga bukan dengan amal.


Pengenalan terjadi lantaran 'terbuka'nya makrifat. Bukan membuka. Tiada siapa yang dapat membukanya. Kamu cuba membuka. Usaha yang salah.

DAH BERTEMU

Kebanyakan daripada kamu percaya kepada Tuhan. Tapi kamu tak pernah jumpa. Cuma percaya saja. Saya dah bertemu dengan Tuhan. Kalau nak berjumpa Tuhan ikut saya.