Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Khamis, 26 Disember 2013

TUHAN TAK TERLUPAKAN AKU

Bila aku mengenal Tuhan, aku tak pernah melupai-Nya. 


Dan Tuhan tak mungkin terlupakan aku!

Rabu, 4 Disember 2013

KUNCI ALAM

Rahsia Tuhan ada denganku. Kunci alam hanya aku yang tahu.


Sekiranya kamu tidak bersamaku, kamu tersesat jauh!

Selasa, 3 Disember 2013

BERKUASAKAN TUHAN

Ketahuilah kamu bila aku menyerahkan diriku kepada Tuhan, maka Tuhan berkuasa penuh ke atas aku.


Jadi aku dah berkuasakan Tuhan!

Khamis, 28 November 2013

MATA MENGENAL TUHAN

Mengenal diri atau mengenal Tuhan bukan dengan belajar seperti kamu amalkan, kerana belajar tidak terbuka 'mata mengenal'. 


Ianya mesti dibuka oleh Guru Yang Agong.

Khamis, 14 November 2013

TERIMA MAKRIFAT

Datanglah kepadaku. Duduklah denganku.


Kerana aku telah terima 'makrifat' yang tiada lagi 'tabir' di antara aku dengan Tuhan!

Rabu, 13 November 2013

PERLINDUNGAN TUHAN

Bila kamu bercerita atau mengajar atau seumpamanya; kamu telah 'meninggal diri'. Begitu juga dengan orang-orang yang mendengar atau mengikutinya.


Apabila kamu lupa diri, kamu telah terkeluar daripada 'perlindungan Tuhan'. Sudah terdedah kepada syaitan. Sudah mengikut syaitan! Manakala yang mengikuti dah jadi pengikut syaitan!

Isnin, 11 November 2013

KADANG-KADANG AKU

Aku kadang-kadang syaitan.

      Aku kadang-kadang malaikat.

Aku kadang-kadang hamba.

      Aku kadang-kadang rasul.

Aku kadang-kadang Tuhan!


Alangkah hebatnya kejadianku!

Selasa, 5 November 2013

KASIH MAKRIFAT

Kasih kamu kepada Tuhan tidak sama dengan perkasihanku. 


Kerana kamu kasih dengan perasaan sedangkan aku 'kasih makrifat'.

Ahad, 27 Oktober 2013

IMEJ TUHAN

Kamu kena buang imej Tuhan yang ada denganmu supaya timbul Tuhan yang sebenar, tunggal tidak menyerupai sesuatu.

Sabtu, 26 Oktober 2013

FIRMAN

Bila Tuhan berfirman, ketika itu Tuhan memperkatakan perihal diri-Nya.

SYAITAN MAKHLUK TUHAN

Syaitan adalah makhkuk Tuhan dicipta bagi menyempurnakan kejadian-Nya.

SYAITAN HAMBA TUHAN

Ingat! Syaitan adalah hamba Tuhan hanya menjalankan perintah-Nya walau pun sangat dibenci oleh orang-orang yang berjuang menuju Tuhan.

Ahad, 20 Oktober 2013

PERKASIHAN TUHAN

Kenal rapat dengan-Nya. Hubungan yang sentiasa hidup segar. Inilah makna 'Perkasihan Tuhan'.

KURUNGAN TRADISI

Ingatlah semua walau apa warna kulitmu bahwa kamu dalam 'kurungan tradisi' yang tak terbuka sejak dulu lagi kecuali yang menjadi pilihan Tuhan.

Sabtu, 19 Oktober 2013

TUHAN TIDAK BERTEMPAT

Kamu tak perlu cari Tuhan dan tak payah pergi kepada-Nya, kerana Tuhan tidak bertempat. 


Kamu kena kembali mengingati-Nya. Mudah-mudahan terbuka rahsia makrifat.

RITUAL TAK SAMPAI

Tahukah kamu bagaimana nak berhubung dengan Tuhan? 


Sebenarnya tiada satu ritual pun yang sampai kepada Tuhan. Semuanya tertipu! 


Ini kerana Tuhan tidak terputus dengan kamu. Kamu yang terputus dengan-Nya.

Isnin, 14 Oktober 2013

TAK TAHU ZIKIR

Kamu hanya pandai meratib, tak tahu berzikir sebagaimana orang yang dekat dengan Tuhan sentiasa berzikir.

KEKASIH TUHAN

Kamu semua tak dapat mengatasi aku kerana kamu 'kekasih dunia'. 


Sedangkan aku 'Kekasih Tuhan'.

TUHAN YANG MAHA SUCI

Kamu harus membersih dirimu dengan membuang semua yang mengganggu ingatmu (zikir) kepada Tuhan. 


Ketahuilah Tuhan Yang Maha Suci tidak layak berada di tempat yang kotor.

TUHAN TIDAK BERSEKUTU

Ingat Tuhan itu tidak bersekutu dengan sesuatu. 


Jadi Dia tak akan 'hadir' bersamamu kalau masih ada sesuatu dalam dirimu.

Khamis, 3 Oktober 2013

INDAHNYA AKU

Aku tak pernah 'letih' bersama Tuhanku. Aku rasa kesunyian bila meninggalkan Dia. 


Betapa hebatnya aku bila bersama dengan-Nya! Betapa indahnya aku!

Rabu, 2 Oktober 2013

NAFAS TUHAN

Kamu mesti mencari dirimu sampai bertemu. 


Tetapi aku tak pernah bertemu dengan diriku kerana aku adalah 'Nafas Tuhan'!

Isnin, 23 September 2013

MAKRIFAT YANG LEMAH

Kamu belajar mengenal Tuhan dengan manusia; hasilnya mengenal daripada pandangan manusia, iaitu makrifat yang lemah! 


Aku mengenal Tuhan dengan Tuhan. Maka tiada suatu pun yang terahsia lagi...

Jumaat, 20 September 2013

TUNDUK NAFSU

Tiada yang paling hebat selain daripada dapat mengawal dan menunduk 'nafsu' serta 'memegang diri', mengkontrolnya mengikut kehendak Tuhan. 

Dengan 'rahsia' inilah aku menunduk semua roh, jin dan juga iblis...

CARI TUHAN?

Kamu mencari Tuhan? Maksudnya Tuhan itu hilang. Sebenarnya Tuhan bersamamu.

Jumaat, 6 September 2013

INGATLAH

Tibalah masanya kamu ingatkan dirimu dan Tuhanmu banyak-banyak supaya tunduklah hati yang lalai hanyut lupa diri.

Isnin, 2 September 2013

TUHANKU JELAS

Kenapa kamu boleh percaya padahal kamu tak pernah jumpa dengan Tuhanmu? 


Berlainan denganku; Tuhanku jelas nampak, tak terlindung, tak terpisah. Di mana aku di situ Dia!

Selasa, 27 Ogos 2013

Ahad, 25 Ogos 2013

BUKAN KAMU MEMILIH

Kamu tidak memilih datang ke sini. Semua ketentuan Tuhan. 


Jadi kamu mesti mengenal Tuhan supaya tiada rahsia di antara kamu dengan-Nya.

Selasa, 13 Ogos 2013

AKU REDHA

Sekarang aku redha. Jadi di Tanah Sana pun aku redha. 


Maka aku telah sampai ke 'maqam' hadir bersama Tuhan.

Ahad, 11 Ogos 2013

TEBALNYA JAHIL

Bila kamu hanya memandang golongan kamu sahaja yang betul diterima Tuhan, maka jelaslah ketebalan kejahilan kamu. 


Hanya aku sahaja yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Jumaat, 2 Ogos 2013

SIAPA TUHAN

Siapa yang berkuasa di Tanah Sana, tanah yang abadi? Tuhan? Siapa Tuhan? 


Kamu tak kenal. Kamu kena cari aku, kerana aku satu-satunya yang amat mengenal siapa Tuhan yang sebenar.

TUHAN TIDAK BODOH

Betapa bodohnya Tuhan bila dia hanya memilih golongan kamu saja yang dikasihinya, sedangkan semuanya daripada-Nya.  Apakah Tuhan itu berbelah bahagi? 


Tuhan tidak bodoh tapi kamulah yang teramat bodoh!

Khamis, 1 Ogos 2013

TAK TERPUTUS

Aku tak pernah terputus hubungan dengan Tuhanku; dulu, sekarang dan selamanya...

Selasa, 23 Julai 2013

JALAN SELAMAT

Telah kuketahui Jalan Selamat adalah dengan menyerahkan diri kepada Tuhan. 


Tetapi aku bertanya bagaimana nak serah? Kamu tak kenal Tuhan. 


Datanglah kepadaku aku akan buka rahsia hakikat ketuhanan supaya kamu nampak jelas Jalan Selamat itu.

Isnin, 22 Julai 2013

SIAPA IKUT SIAPA

Tuhan ikut kamu atau kamu ikut Tuhan? 


Kalau Tuhan ikut kamu, Tuhan tiada. Yang ada kamu saja. 


Kalau kamu ikut Tuhan, kamu adalah hamba. Hamba sampai bila-bila.

Isnin, 15 Julai 2013

TERBUKA PINTU LANGIT

Ingatlah kamu semua dalam kesesatan walaupun kamu sanggup mati dengan 'peganganmu'; mati orang jahil. 


Selagi tak terbuka pintu langit, selagi Tuhan tidak 'turun mengambilmu', kamu dalam kepayahan yang tiada jalan keluar...

Sabtu, 13 Julai 2013

'PERASAN' LAGI

Kamu rasa kamu ada hubungan dengan Tuhan bila kamu buat ibadat. Sebenarnya kamu 'perasan' saja. 


Hei manusia yang jahil kalau Tuhan tidak menghubungi kamu maka kamu tak dapat menghubungi-Nya!! 


Ketahuilah bila kamu dihubungi Tuhan kamu tidak seperti kamu sekarang ini...

Jumaat, 12 Julai 2013

MATA & NAFSU

Mata zahir; mata manusia. Mata batin; mata roh. Mata makrifat; ain Tuhan. 


Nafsu serakah; nafsu binatang. Nafsu berahi; nafsu manusia. Nafsu izzati; nafsi Tuhan.

Isnin, 8 Julai 2013

JADIAN

Kamu tak dapat mengatasi aku kerana aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Dan aku nampak apa yang kamu tak nampak. 


Kamu juga tak dapat mengenal dan mencapai aku kerana aku adalah roh yang ghaib 'jadian' zat Tuhan.

WAKIL

Aku cukup pelik manusia tak pernah berjumpa dengan Tuhan tetapi mengadakan hubungan. Hubungan bagaimana? 


Lagi-lagi pelik ada 'wakil' pulak...

Ahad, 30 Jun 2013

MUNAJAT

Doa adalah bacaan orang biasa. Manakala munajat mengadap Tuhan adalah 'doa' orang arif.

 

Aku bermunajat sepanjang malam...

Sabtu, 29 Jun 2013

Jumaat, 28 Jun 2013

ORANG PILIHAN

Sebenarnya kekasih Tuhan adalah orang pilihan.

 

Bukan orang banyak ilmu dan bukan juga yang banyak atau kuat ibadat!

Rabu, 26 Jun 2013

TERBUKANYA PINTU LANGIT

Kadang-kadang aku terkenang bagaimana pintu langit dibuka ketika aku mula akal baligh sehingga aku dapat memandang semua rahsia kejadian Tuhan.

Ahad, 23 Jun 2013

AKU ADA RAHSIA

Ilmu yang tinggi adalah daripada Tuhan.

 

Aku ada rahsia buka ilmu ini.

TAK BOLEH KENAL

Aku tegaskan manusia tak dapat mengenal Tuhan.

 

Kerana tiada pengelihatan yang dapat memandang wajah Tuhan.

ORANG YANG FAHAM

Walaupun dunia ini akan hilang tetapi ia ciptaan Tuhan. 


Amat berharga dan bernilai bagi orang yang faham.

Sabtu, 22 Jun 2013

MINTA SURGA

Surga hak Tuhan. Kamu kena sentiasa minta pada-Nya. 


Tuhan tak akan beri sebelum kamu 'bersedia menerima'.

Jumaat, 21 Jun 2013

GURUKU TUHAN

"Tidak ada apa yang aku tunggu hanya petunjuk daripada Tuhanku."

 

Mahukah kamu berguru dengan Tuhan?

 

Marilah...marilah bersamaku 'Menerima Petunjuk'.

RAPAT

Kalau kamu kata kamu dekat dengan Tuhan, tidak!

 

Aku terlebih rapat lagi kerana aku bersama dengan-Nya!

Isnin, 10 Jun 2013

MERAYU

Sekarang kamu nak mengenal Tuhan. Sekarang jugalah kamu rasa nak 'beramal'. Nak menuntut ilmu, nak belajar banyak-banyak.

 

Semuanya sia-sia. Satu pun tak berguna! Dah terlambat.

 

Kamu hanya ada satu 'jalan'; merayu padaku maka akan aku tunjukkan.

MENGENAL ROH

Bila kamu mengenal roh kamu sudah dekat dengan Tuhan.

 

Bila kamu sedar tiada yang lain selain daripadamu, maka kamu sudah bersama Tuhan.

Khamis, 6 Jun 2013

TUHAN KAMU MATI BERSAMAMU

Sebut Tuhan keluarlah Tuhan di depanmu. Ingat Tuhan 'nampak'lah Tuhan di hatimu. Itulah Tuhan kamu yang kamu sembah. 


Bila kamu mati, matilah Tuhan kamu bersamamu.

Isnin, 3 Jun 2013

ALAT

Kamu bangga dengan ilmu kamu dan bermegah dengan amalan kamu. Kamu juga amat yakin dengan 'pegangan' masing-masing.

 

Semua itu adalah 'dinding' yang menghalang kamu daripada mengenal Tuhan.

 

Kamu mesti pecahkan dinding itu dengan suatu 'alat'.

Khamis, 30 Mei 2013

PEMBAWA

Siapa guru kamu? Berguru dengan catatan? Boleh sampaikah kamu?

 

Kamu tidak akan dapat melepasi langit pertama, jauh sekali nak ke sisi Tuhan.

 

Ketahuilah kamu mesti dibawa naik oleh seorang 'pembawa'!

Isnin, 27 Mei 2013

TARAF DIRI

Kamu berlumba-lumba menaikkan taraf/kelas diri kamu di dunia ini. Itu bukan sebenar dan bukan sepatutnya.

 

Yang sebenar-benarnya menaikkan darjat/taraf diri kamu ke tempat tertinggi di sisi Tuhan. Menjadi 'diri sebenar-benar diri'.

HATI YANG BERKARAT

Betapa kerasnya hatimu. Tebalnya 'karat' yang menyelubungimu. Sehingga kamu tak mahu 'mengaku' yang kamu sebenarnya tak tahu apa-apa tentang Tuhan dan Tanah Sana.

 

Cuma ikut saja, iaitu percaya pada cerita yang diperturunkan!

Selasa, 21 Mei 2013

PANDANGAN MAKRIFAT

Pandangan makrifat adalah pandangan Tuhan kepada kejadian-Nya. Pandangan yang meleburkan segala sesuatu.

Ahad, 19 Mei 2013

BUKAN DENGAN CATATAN

Kamu tak akan berjumpa dengan Tuhan jika hanya berpandukan catatan. 

 

Kamu mesti dapatkan 'Penunjuk Jalan'.

Sabtu, 18 Mei 2013

REDHA

Bila engkau redha maka sudah hampirlah kamu mengenal Tuhan kerana redha adalah salah satu pintu mengenal Tuhan.

Jumaat, 17 Mei 2013

INDAHNYA TUHAN

Indahnya Tuhan; ada isi dan ada kulit. Kulit yang indah manakala isi yang Maha Berkuasa. 


Walaupun kulit bayangan bagi isi tetapi isi tidak serupa dengan kulit!

KEBENARAN YANG DICARI

Kembalilah dan berserahlah kepada Tuhan kerana kepada-Nya saja kamu kena kembali dan menyerah diri. 


Inilah kebenaran yang dicari!

Selasa, 7 Mei 2013

CINTA MONYET

Ada setengahnya mencintai Tuhan. INGAT! Tuhan bukan menerima cinta dan Dia juga bukan 'barang' yang perlu dicintai.

TUHAN BAYANG-BAYANG

Tuhan kamu itu bayang-bayang yang 'menghantui' kamu setiapkali kamu ingat kepada-Nya - Tuhan yang sebenar ada bersama adanya kamu!

Isnin, 6 Mei 2013

BERSAMA DENGAN TUHAN

"Bila kamu 'bersama dengan Tuhan', maka tiada sesuatu bersamamu. Kerana Tuhan tidak bersekutu dengan sesuatu."

RASA TAKUT

"Perjalanan menuju Tuhan bermula dengan 'rasa takut'. Semakin kuat rasa takut semakin dekatlah kamu dengan Tuhan."

Selasa, 9 April 2013

Khamis, 4 April 2013

ZIKIR DENGAN TUHAN

Dia Yang Berkuasa. Bila berzikir dengan-Nya, lenyaplah segala-galanya. Yang ada hanya Dia, Tuhan Yang Esa.

NAIK KE SISI TUHAN

"Bila aku naik ke tempat tertinggi di sisi Tuhanku, maka aku tetap di situ selamanya..."

PANDANG ZAT TUHAN

"Bila aku memandang tetap pada zat Tuhan, tiada suatu pun dapat mengalihkannya. Semuanya binasa bila melintasinya!"

Rabu, 3 April 2013

TUHAN KOSONG

Tuhan kosong. Yang hidup Aku. Aku yang mendengar. Yang melihat. Yang segala-galanya.

Selasa, 26 Mac 2013

KESERONOKAN BODOH

Bila kamu mengenal Tuhan tiadalah keseronokan bodoh. Yang ada hanya kenikmatan sebenar.

Khamis, 21 Mac 2013

DUDUK DENGAN TUHAN

Sentiasalah kamu duduk dengan Tuhanmu, mudah-mudahan Dia akan selalu bersamamu.

Isnin, 11 Mac 2013

JANGAN INGAT YANG LAIN

Janganlah kamu ingat selain daripada-Nya. Dan jangan kamu ikut selain daripada-Nya. 


Bila kamu benar-benar menyerah diri kepada Tuhan, maka kepada-Nya saja kamu perlu berharap. Inilah bekalan kamu ke Tanah Sana.

Khamis, 7 Mac 2013

BAGAIMANA NAK KEMBALI

Daripada Tuhan kepada Tuhan kamu kembali. 


Bagaimana nak kembali sedangkan kamu tak mengenali-Nya?

Selasa, 5 Mac 2013

INSAFLAH

Kamu manusia tak dapat lari daripada tiga perkara:

 

1. Kekuasaan Tuhan yang menjadikan dan menentukan nasib kamu semua.

 

2. 'Penunjuk Jalan' yang membimbing kamu kembali kepada-Nya dan membawa kamu ke Tanah Sana dengan selamat.

 

3. Kematian yang kamu semua 'menafikan'; tak insaf langsung!

Isnin, 4 Mac 2013

ILMU TUHAN

Ilmu Tuhan adalah ayat-ayat-Nya yang ghaib, yang hanya dapat dibaca oleh roh yang ghaib.

BELAJAR DENGAN TUHAN

Kalau kamu belajar dengan manusia kamu dapat ilmu manusia.

 

Kalau kamu belajar dengan Tuhan kamu dapat ilmu ketuhanan.

 

Bila kamu kenal roh semua manusia dalam tanganmu!

Khamis, 28 Februari 2013

SERTAI PEKERJAAN TUHAN

Kamu merasai segala kesakitan dan tak berkuasa menghalangnya daripada menjamah kamu. Itu menandakan ada Tuhan yang menguasai kamu. 


Kamu sekali-kali tidak dapat melepasinya melainkan kamu turut serta dalam pekerjaan Tuhan!

Rabu, 27 Februari 2013

TUHAN TAK TERPISAH DENGANKU

Walau dibakar hangus, namun aku tak terpisah dengan Tuhanku. Walaupun aku hancur lebur, aku tak bercerai dengan-Nya.

 

Walau di mana aku atau ke mana; ke Tanah Sana; di alam ghaib; ke langit atau di sini; Tuhan tetap denganku!

Jumaat, 22 Februari 2013

TUHAN BUKAN MANUSIA

Kamu semua berharap Tuhan mendengar dan melihat seperti kamu. Menyayangi dan mencintai kamu seperti manusia. Sebagaimana manusia sebegitulah Tuhan. Inilah anggapan kamu semua sebagai orang kebiasaan. 


Ketahuilah kamu semua; anggapan itu adalah satu ikutan dan kepercayaan yang tidak betul. 


Kamu amat memerlukan satu 'Petunjuk Pembuka Rahsia'.

HIJAB

Kebanyakan daripada kamu merasakan kamulah yang menentukan semua yang terjadi daripada perancangan yang kamu buat. Kamu tidak nampak bahwa Tuhanlah yang berkuasa di sebalik semua itu. Inilah 'hijab' yang menjauhkan kamu daripada Tuhan. 


Sejauh mana terperincinya perancangan kamu, namun semua terjadi dengan kehendak Tuhan jua. 


Lebih baik kamu seperti aku yang hanya memandang Tuhan Yang Esa berkuasa dalam semua kejadian.

Khamis, 21 Februari 2013

HIKMAH DARIPADA PENUNJUK JALAN

Kamu amat yakin dengan cerita-cerita daripada nenek moyang tentang kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan di Tanah Sana.


Sedangkan kepercayaan itu sangat menyemakkan akal dan nampak sangat memperbodohkan kamu. 


Sebenarnya nak mengenal Tuhan bukan dengan ritual, tetapi dengan 'hikmah' daripada Penunjuk Jalan.

Rabu, 20 Februari 2013

DIA YANG MELIHAT

Inilah perkataan yang berat hendak aku katakan: "Sia-sia kamu nak melihat Tuhan, kerana 'Yang' hendak dilihat itu tidak ada! 


Yang sebenar wujud ialah Yang Sedang Melihat.

INGAT DAN LUPA

Ingat dan lupa dua keadaan yang saling berebut. 'Lupa' lebih dominan daripada 'ingat'.


Ini satu rahsia untuk mengenal diri; mengenal roh; iaitu pintu mengenal Tuhan.

Selasa, 19 Februari 2013

BILA HAMPIR NAK MATI

Bila hampir mati apa patut kamu buat? INGAT kamu mesti menyerah diri dan kembali kepada Tuhan. 


Namun kamu tak dapat kembali tanpa 'Penunjuk Jalan'.

Ahad, 17 Februari 2013

KEKASIH TUHAN

Sekiranya berlaku kiamat kepada siapa kamu hendak berlindung? Orang yang selamat hanya 'kekasih Tuhan'. Sudahkah kamu bersama 'kekasih-Nya'?

 

Lagi-lagilah selamat bila kamu dah menjadi 'kekasih Tuhan'!

AKAL DAN ROH

Aku katakan: 'Akal adalah pekerjaan bagi roh' dan 'akal juga mata bagi roh'.

 

Akal mencari Tuhan tetapi mengenal Tuhan hanya roh sahaja!

Khamis, 14 Februari 2013

NAIK KE LANGIT

Apakah hubungan diri dengan Tuhan, sehingga nak mengenal Tuhan mesti mengenal diri?

 

Sedangkan aku mencari Tuhan ke langit ketujuh. Kemudian baru turun mengenal diri.

Ahad, 10 Februari 2013

TUHAN TAK BERPISAH

Kalau Tuhan itu berpisah dengan kamu; kamu tak akan dapat menghubunginya. 

Sebenarnya Tuhan tak berpisah dengan kamu. Kamu sedang berhubung dengan-Nya!

Selasa, 5 Februari 2013

TUHAN SEPERTI KAMU

Kamu menganggap dan berharap bertemu dengan Tuhan seperti kamu. Kamu tak dapat lari daripada anggapan dan gambaran ini. Mengapa?

Isnin, 28 Januari 2013

AKU TETAP AKU

Tuhan yang kamu kata itu tak ada. Yang ada aku saja.

 

Maka aku tetap aku walau di mana jua.

Selasa, 15 Januari 2013

KAMU TAK FAHAM

Aku katakan "kamu mesti menjadi Tuhan," kamu tak dapat memahaminya.

 

Maka kembalilah kepada Tuhan, nanti kamu akan ketahui.

MANUSIA YANG MENGAJAR

Bagaimana kamu menyembah Tuhan, sedangkan kamu belum mengenalinya?

 

Tuhan tak pernah menyuruh dan mengajar kamu menyembahnya. Manusialah yang menyuruh dan mengajar kamu menyembah Tuhan.


Khamis, 10 Januari 2013

TEKA-TEKI

Segeralah kamu mengenal Tuhan kerana inilah satu-satunya penyelesaian kepada kekusutan teka-teki hidup ini.

Isnin, 7 Januari 2013

JADI TUHAN

'Kamu mesti jadi Tuhan' barulah sempurna perjalananmu dan itulah kedudukan sebenar!

Rabu, 2 Januari 2013