Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Khamis, 28 Februari 2013

SERTAI PEKERJAAN TUHAN

Kamu merasai segala kesakitan dan tak berkuasa menghalangnya daripada menjamah kamu. Itu menandakan ada Tuhan yang menguasai kamu. 


Kamu sekali-kali tidak dapat melepasinya melainkan kamu turut serta dalam pekerjaan Tuhan!

Rabu, 27 Februari 2013

TUHAN TAK TERPISAH DENGANKU

Walau dibakar hangus, namun aku tak terpisah dengan Tuhanku. Walaupun aku hancur lebur, aku tak bercerai dengan-Nya.

 

Walau di mana aku atau ke mana; ke Tanah Sana; di alam ghaib; ke langit atau di sini; Tuhan tetap denganku!

Jumaat, 22 Februari 2013

TUHAN BUKAN MANUSIA

Kamu semua berharap Tuhan mendengar dan melihat seperti kamu. Menyayangi dan mencintai kamu seperti manusia. Sebagaimana manusia sebegitulah Tuhan. Inilah anggapan kamu semua sebagai orang kebiasaan. 


Ketahuilah kamu semua; anggapan itu adalah satu ikutan dan kepercayaan yang tidak betul. 


Kamu amat memerlukan satu 'Petunjuk Pembuka Rahsia'.

HIJAB

Kebanyakan daripada kamu merasakan kamulah yang menentukan semua yang terjadi daripada perancangan yang kamu buat. Kamu tidak nampak bahwa Tuhanlah yang berkuasa di sebalik semua itu. Inilah 'hijab' yang menjauhkan kamu daripada Tuhan. 


Sejauh mana terperincinya perancangan kamu, namun semua terjadi dengan kehendak Tuhan jua. 


Lebih baik kamu seperti aku yang hanya memandang Tuhan Yang Esa berkuasa dalam semua kejadian.

Khamis, 21 Februari 2013

HIKMAH DARIPADA PENUNJUK JALAN

Kamu amat yakin dengan cerita-cerita daripada nenek moyang tentang kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan di Tanah Sana.


Sedangkan kepercayaan itu sangat menyemakkan akal dan nampak sangat memperbodohkan kamu. 


Sebenarnya nak mengenal Tuhan bukan dengan ritual, tetapi dengan 'hikmah' daripada Penunjuk Jalan.

Rabu, 20 Februari 2013

DIA YANG MELIHAT

Inilah perkataan yang berat hendak aku katakan: "Sia-sia kamu nak melihat Tuhan, kerana 'Yang' hendak dilihat itu tidak ada! 


Yang sebenar wujud ialah Yang Sedang Melihat.

INGAT DAN LUPA

Ingat dan lupa dua keadaan yang saling berebut. 'Lupa' lebih dominan daripada 'ingat'.


Ini satu rahsia untuk mengenal diri; mengenal roh; iaitu pintu mengenal Tuhan.

Selasa, 19 Februari 2013

BILA HAMPIR NAK MATI

Bila hampir mati apa patut kamu buat? INGAT kamu mesti menyerah diri dan kembali kepada Tuhan. 


Namun kamu tak dapat kembali tanpa 'Penunjuk Jalan'.

Ahad, 17 Februari 2013

KEKASIH TUHAN

Sekiranya berlaku kiamat kepada siapa kamu hendak berlindung? Orang yang selamat hanya 'kekasih Tuhan'. Sudahkah kamu bersama 'kekasih-Nya'?

 

Lagi-lagilah selamat bila kamu dah menjadi 'kekasih Tuhan'!

AKAL DAN ROH

Aku katakan: 'Akal adalah pekerjaan bagi roh' dan 'akal juga mata bagi roh'.

 

Akal mencari Tuhan tetapi mengenal Tuhan hanya roh sahaja!

Khamis, 14 Februari 2013

NAIK KE LANGIT

Apakah hubungan diri dengan Tuhan, sehingga nak mengenal Tuhan mesti mengenal diri?

 

Sedangkan aku mencari Tuhan ke langit ketujuh. Kemudian baru turun mengenal diri.

Ahad, 10 Februari 2013

TUHAN TAK BERPISAH

Kalau Tuhan itu berpisah dengan kamu; kamu tak akan dapat menghubunginya. 

Sebenarnya Tuhan tak berpisah dengan kamu. Kamu sedang berhubung dengan-Nya!

Selasa, 5 Februari 2013

TUHAN SEPERTI KAMU

Kamu menganggap dan berharap bertemu dengan Tuhan seperti kamu. Kamu tak dapat lari daripada anggapan dan gambaran ini. Mengapa?