Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Selasa, 26 Mac 2013

KESERONOKAN BODOH

Bila kamu mengenal Tuhan tiadalah keseronokan bodoh. Yang ada hanya kenikmatan sebenar.

Khamis, 21 Mac 2013

DUDUK DENGAN TUHAN

Sentiasalah kamu duduk dengan Tuhanmu, mudah-mudahan Dia akan selalu bersamamu.

Isnin, 11 Mac 2013

JANGAN INGAT YANG LAIN

Janganlah kamu ingat selain daripada-Nya. Dan jangan kamu ikut selain daripada-Nya. 


Bila kamu benar-benar menyerah diri kepada Tuhan, maka kepada-Nya saja kamu perlu berharap. Inilah bekalan kamu ke Tanah Sana.

Khamis, 7 Mac 2013

BAGAIMANA NAK KEMBALI

Daripada Tuhan kepada Tuhan kamu kembali. 


Bagaimana nak kembali sedangkan kamu tak mengenali-Nya?

Selasa, 5 Mac 2013

INSAFLAH

Kamu manusia tak dapat lari daripada tiga perkara:

 

1. Kekuasaan Tuhan yang menjadikan dan menentukan nasib kamu semua.

 

2. 'Penunjuk Jalan' yang membimbing kamu kembali kepada-Nya dan membawa kamu ke Tanah Sana dengan selamat.

 

3. Kematian yang kamu semua 'menafikan'; tak insaf langsung!

Isnin, 4 Mac 2013

ILMU TUHAN

Ilmu Tuhan adalah ayat-ayat-Nya yang ghaib, yang hanya dapat dibaca oleh roh yang ghaib.

BELAJAR DENGAN TUHAN

Kalau kamu belajar dengan manusia kamu dapat ilmu manusia.

 

Kalau kamu belajar dengan Tuhan kamu dapat ilmu ketuhanan.

 

Bila kamu kenal roh semua manusia dalam tanganmu!