Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Khamis, 30 Mei 2013

PEMBAWA

Siapa guru kamu? Berguru dengan catatan? Boleh sampaikah kamu?

 

Kamu tidak akan dapat melepasi langit pertama, jauh sekali nak ke sisi Tuhan.

 

Ketahuilah kamu mesti dibawa naik oleh seorang 'pembawa'!

Isnin, 27 Mei 2013

TARAF DIRI

Kamu berlumba-lumba menaikkan taraf/kelas diri kamu di dunia ini. Itu bukan sebenar dan bukan sepatutnya.

 

Yang sebenar-benarnya menaikkan darjat/taraf diri kamu ke tempat tertinggi di sisi Tuhan. Menjadi 'diri sebenar-benar diri'.

HATI YANG BERKARAT

Betapa kerasnya hatimu. Tebalnya 'karat' yang menyelubungimu. Sehingga kamu tak mahu 'mengaku' yang kamu sebenarnya tak tahu apa-apa tentang Tuhan dan Tanah Sana.

 

Cuma ikut saja, iaitu percaya pada cerita yang diperturunkan!

Selasa, 21 Mei 2013

PANDANGAN MAKRIFAT

Pandangan makrifat adalah pandangan Tuhan kepada kejadian-Nya. Pandangan yang meleburkan segala sesuatu.

Ahad, 19 Mei 2013

BUKAN DENGAN CATATAN

Kamu tak akan berjumpa dengan Tuhan jika hanya berpandukan catatan. 

 

Kamu mesti dapatkan 'Penunjuk Jalan'.

Sabtu, 18 Mei 2013

REDHA

Bila engkau redha maka sudah hampirlah kamu mengenal Tuhan kerana redha adalah salah satu pintu mengenal Tuhan.

Jumaat, 17 Mei 2013

INDAHNYA TUHAN

Indahnya Tuhan; ada isi dan ada kulit. Kulit yang indah manakala isi yang Maha Berkuasa. 


Walaupun kulit bayangan bagi isi tetapi isi tidak serupa dengan kulit!

KEBENARAN YANG DICARI

Kembalilah dan berserahlah kepada Tuhan kerana kepada-Nya saja kamu kena kembali dan menyerah diri. 


Inilah kebenaran yang dicari!

Selasa, 7 Mei 2013

CINTA MONYET

Ada setengahnya mencintai Tuhan. INGAT! Tuhan bukan menerima cinta dan Dia juga bukan 'barang' yang perlu dicintai.

TUHAN BAYANG-BAYANG

Tuhan kamu itu bayang-bayang yang 'menghantui' kamu setiapkali kamu ingat kepada-Nya - Tuhan yang sebenar ada bersama adanya kamu!

Isnin, 6 Mei 2013

BERSAMA DENGAN TUHAN

"Bila kamu 'bersama dengan Tuhan', maka tiada sesuatu bersamamu. Kerana Tuhan tidak bersekutu dengan sesuatu."

RASA TAKUT

"Perjalanan menuju Tuhan bermula dengan 'rasa takut'. Semakin kuat rasa takut semakin dekatlah kamu dengan Tuhan."