Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Selasa, 23 Julai 2013

JALAN SELAMAT

Telah kuketahui Jalan Selamat adalah dengan menyerahkan diri kepada Tuhan. 


Tetapi aku bertanya bagaimana nak serah? Kamu tak kenal Tuhan. 


Datanglah kepadaku aku akan buka rahsia hakikat ketuhanan supaya kamu nampak jelas Jalan Selamat itu.

Isnin, 22 Julai 2013

SIAPA IKUT SIAPA

Tuhan ikut kamu atau kamu ikut Tuhan? 


Kalau Tuhan ikut kamu, Tuhan tiada. Yang ada kamu saja. 


Kalau kamu ikut Tuhan, kamu adalah hamba. Hamba sampai bila-bila.

Isnin, 15 Julai 2013

TERBUKA PINTU LANGIT

Ingatlah kamu semua dalam kesesatan walaupun kamu sanggup mati dengan 'peganganmu'; mati orang jahil. 


Selagi tak terbuka pintu langit, selagi Tuhan tidak 'turun mengambilmu', kamu dalam kepayahan yang tiada jalan keluar...

Sabtu, 13 Julai 2013

'PERASAN' LAGI

Kamu rasa kamu ada hubungan dengan Tuhan bila kamu buat ibadat. Sebenarnya kamu 'perasan' saja. 


Hei manusia yang jahil kalau Tuhan tidak menghubungi kamu maka kamu tak dapat menghubungi-Nya!! 


Ketahuilah bila kamu dihubungi Tuhan kamu tidak seperti kamu sekarang ini...

Jumaat, 12 Julai 2013

MATA & NAFSU

Mata zahir; mata manusia. Mata batin; mata roh. Mata makrifat; ain Tuhan. 


Nafsu serakah; nafsu binatang. Nafsu berahi; nafsu manusia. Nafsu izzati; nafsi Tuhan.

Isnin, 8 Julai 2013

JADIAN

Kamu tak dapat mengatasi aku kerana aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Dan aku nampak apa yang kamu tak nampak. 


Kamu juga tak dapat mengenal dan mencapai aku kerana aku adalah roh yang ghaib 'jadian' zat Tuhan.

WAKIL

Aku cukup pelik manusia tak pernah berjumpa dengan Tuhan tetapi mengadakan hubungan. Hubungan bagaimana? 


Lagi-lagi pelik ada 'wakil' pulak...