Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Ahad, 27 Oktober 2013

IMEJ TUHAN

Kamu kena buang imej Tuhan yang ada denganmu supaya timbul Tuhan yang sebenar, tunggal tidak menyerupai sesuatu.

Sabtu, 26 Oktober 2013

FIRMAN

Bila Tuhan berfirman, ketika itu Tuhan memperkatakan perihal diri-Nya.

SYAITAN MAKHLUK TUHAN

Syaitan adalah makhkuk Tuhan dicipta bagi menyempurnakan kejadian-Nya.

SYAITAN HAMBA TUHAN

Ingat! Syaitan adalah hamba Tuhan hanya menjalankan perintah-Nya walau pun sangat dibenci oleh orang-orang yang berjuang menuju Tuhan.

Ahad, 20 Oktober 2013

PERKASIHAN TUHAN

Kenal rapat dengan-Nya. Hubungan yang sentiasa hidup segar. Inilah makna 'Perkasihan Tuhan'.

KURUNGAN TRADISI

Ingatlah semua walau apa warna kulitmu bahwa kamu dalam 'kurungan tradisi' yang tak terbuka sejak dulu lagi kecuali yang menjadi pilihan Tuhan.

Sabtu, 19 Oktober 2013

TUHAN TIDAK BERTEMPAT

Kamu tak perlu cari Tuhan dan tak payah pergi kepada-Nya, kerana Tuhan tidak bertempat. 


Kamu kena kembali mengingati-Nya. Mudah-mudahan terbuka rahsia makrifat.

RITUAL TAK SAMPAI

Tahukah kamu bagaimana nak berhubung dengan Tuhan? 


Sebenarnya tiada satu ritual pun yang sampai kepada Tuhan. Semuanya tertipu! 


Ini kerana Tuhan tidak terputus dengan kamu. Kamu yang terputus dengan-Nya.

Isnin, 14 Oktober 2013

TAK TAHU ZIKIR

Kamu hanya pandai meratib, tak tahu berzikir sebagaimana orang yang dekat dengan Tuhan sentiasa berzikir.

KEKASIH TUHAN

Kamu semua tak dapat mengatasi aku kerana kamu 'kekasih dunia'. 


Sedangkan aku 'Kekasih Tuhan'.

TUHAN YANG MAHA SUCI

Kamu harus membersih dirimu dengan membuang semua yang mengganggu ingatmu (zikir) kepada Tuhan. 


Ketahuilah Tuhan Yang Maha Suci tidak layak berada di tempat yang kotor.

TUHAN TIDAK BERSEKUTU

Ingat Tuhan itu tidak bersekutu dengan sesuatu. 


Jadi Dia tak akan 'hadir' bersamamu kalau masih ada sesuatu dalam dirimu.

Khamis, 3 Oktober 2013

INDAHNYA AKU

Aku tak pernah 'letih' bersama Tuhanku. Aku rasa kesunyian bila meninggalkan Dia. 


Betapa hebatnya aku bila bersama dengan-Nya! Betapa indahnya aku!

Rabu, 2 Oktober 2013

NAFAS TUHAN

Kamu mesti mencari dirimu sampai bertemu. 


Tetapi aku tak pernah bertemu dengan diriku kerana aku adalah 'Nafas Tuhan'!