Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Khamis, 28 November 2013

MATA MENGENAL TUHAN

Mengenal diri atau mengenal Tuhan bukan dengan belajar seperti kamu amalkan, kerana belajar tidak terbuka 'mata mengenal'. 


Ianya mesti dibuka oleh Guru Yang Agong.

Khamis, 14 November 2013

TERIMA MAKRIFAT

Datanglah kepadaku. Duduklah denganku.


Kerana aku telah terima 'makrifat' yang tiada lagi 'tabir' di antara aku dengan Tuhan!

Rabu, 13 November 2013

PERLINDUNGAN TUHAN

Bila kamu bercerita atau mengajar atau seumpamanya; kamu telah 'meninggal diri'. Begitu juga dengan orang-orang yang mendengar atau mengikutinya.


Apabila kamu lupa diri, kamu telah terkeluar daripada 'perlindungan Tuhan'. Sudah terdedah kepada syaitan. Sudah mengikut syaitan! Manakala yang mengikuti dah jadi pengikut syaitan!

Isnin, 11 November 2013

KADANG-KADANG AKU

Aku kadang-kadang syaitan.

      Aku kadang-kadang malaikat.

Aku kadang-kadang hamba.

      Aku kadang-kadang rasul.

Aku kadang-kadang Tuhan!


Alangkah hebatnya kejadianku!

Selasa, 5 November 2013

KASIH MAKRIFAT

Kasih kamu kepada Tuhan tidak sama dengan perkasihanku. 


Kerana kamu kasih dengan perasaan sedangkan aku 'kasih makrifat'.