Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Selasa, 21 Oktober 2014

Jumaat, 17 Oktober 2014

INI KENYATAAN KEJADIAN TUHAN

Ini kenyataan kejadian Tuhan: 

   Dengan duit yang banyak kamu boleh membeli serta menguasai apa saja ilmu dan hikmat yang kamu hendaki. 


Ini juga kenyataan kejadian Tuhan: 

   Ketidakcukupan duit menjadikan kamu tiada ilmu dan hikmat yang menerangi hidup.

Jumaat, 25 Julai 2014

TUHAN PENUH

Bila Tuhan 'penuh' dalam jiwa ragaku, maka akulah pemerintah di atas segalanya.

Isnin, 14 Julai 2014

TAK NAMPAK DIRI

Selagi kamu mencakna orang lain, selagi itulah kamu tak nampak diri kamu.


Tak nampak diri tandanya tak mengenal diri.


Tak mengenal diri mana mungkin mengenal Tuhan.

Selasa, 8 Julai 2014

SYARAT DOA MAKBUL

Semakin dekat kamu dengan Tuhan, semakin makbul permintaan. 


Tidak ada pemintaan(doa) orang di sisi Tuhan melainkan hanya sebagai syarat untuk diberikan.

Isnin, 7 Julai 2014

ILMUKU

ILMUKU - Ilmu Tuhan daripada Tuhan diturunkan untuk sekelian roh.


Ilmu kamu daripada manusia hanya layak untuk manusia seperti kamu!

Ahad, 29 Jun 2014

KAMU TAK KENAL

'Kamu tak mengenal Tuhan maka Tuhan tak kenal kamu'.


Jadi tiada apa-apa hubungan. Kamu tertipu dengan kepercayaan kamu sendiri.

Sabtu, 28 Jun 2014

LAWANLAH SYAITAN

Kalau kamu nak kenal syaitan adalah yang kafir mengingkari Tuhan. 


Terkeluar menyekutukan Tuhan. Tercampak jauh dari rahmat Tuhan. Yang sia-sia itulah 'permaianan syaitan'. 


Lawanlah habis-habisan kerana mengikut syaitan hanya merugikan sahaja!

Isnin, 23 Jun 2014

LIDAH BERHIKMAT

Bila kamu berhati-hati mengasah lidah, lidah menjadi lebih tajam. Lebih bisa bila ada liur beracun. 


Tetapi amat berhikmat bila hanya membaca ayat Tuhan.

KAMU BOHONG

Kalau kamu kata kenal Tuhan, kamu BOHONG. 


Kerana tiada siapa pun yang sampai kepadaku duduk bersama Tuhanku!

Ahad, 15 Jun 2014

DOSA KAMI

Dosa kami orang arif bukan berbuat dosa seperti kamu orang awam, tetapi berdosa kerana tidak istiqamah mengesakan Tuhan.

Khamis, 22 Mei 2014

GURU YANG KENAL

Kamu mesti berguru dengan guru yang mengenal Tuhan, kerana dia ada hubungan langsung dengan Tuhan. 


Dan dia adalah pengantara kamu drngan Tuhan.


TIDAK PASTI TUHAN ADA

Bagaimana kamu percaya dan berharap kepada Tuhan sedangkan kamu belum mengenal Dia? 


Kamu juga tidak pasti Tuhan itu ada.

Selasa, 29 April 2014

SAKSI TUHAN

Yang mendengar itu pendengaran Tuhan. Yang kelihatan itu penglihatan Tuhan. Yang bergerak itu pergerakan Tuhan. Yang ada wujud itu wujud Tuhan. 


Maka akulah satu-satunya saksi kewujudan Tuhan!

Isnin, 14 April 2014

ADA TUHAN LENYAPLAH AKU

Di atas aku hanya Tuhan.


Selepas aku hanya Tuhan. Sebelum aku hanya Tuhan.


Lenyap aku ada Tuhan. Kerana ada Tuhan lenyaplah aku!

Jumaat, 28 Mac 2014

ILMU DI SISI TUHAN

Ilmu tertinggi di sisi Tuhan ialah ilmu memandang dengan pandangan makrifat yang menjelaskan hakikat segala sesuatu. 


Hakikat itulah kebenaran sebenar,

Isnin, 24 Mac 2014

TUHAN TIADA

Kalau Tuhan ada tentu semua orang dah jumpa. Sebenarnya Tuhan tiada.


Yang ada kamu. Tetapi kamu ciptakan Tuhan kemudian kamu menyembah-Nya dengan melupai dirimu yang sebenar wujud.

Jumaat, 21 Mac 2014

TUHAN TAK KENAL KAMU

Kamu percaya kepada Tuhan tetapi tidak mencari Dia.


Hanya sembah nama-Nya sahaja. 


Tuhan tidak kenal kamu kerana kamu tak mengenal Dia.

Selasa, 18 Mac 2014

Rabu, 12 Mac 2014

Isnin, 3 Mac 2014

Khamis, 27 Februari 2014

Dirikulah Penghubung Kepada Tuhan

Mengapa kamu merasa susah nak menghubungi Tuhan. Kamu terasa jauh...


Padahal Tuhan sudah ada denganku. Sentiasa bersamaku. 


"Diriku inilah satu-satunya penghubung kepada Tuhan."

Sabtu, 22 Februari 2014

ORANG YANG DILINDUNGI

Dapatkah kamu mengenal orang yang dilindungi Tuhan? 


Iaitu Tuhan ada bersama dengannya.

Ahad, 9 Februari 2014

KAMIL

Mudahnya hidup ini bila kamu bersama Tuhan dan Tuhan bersama kamu iaitu 'kamil'.

Rabu, 5 Februari 2014

AKU BUKAN SEPERTI KAMU

Aku bukan seperti kamu mencari pahala mengharapkan surga.


Aku hanya menurut Tuhan yang menjalankan kehidupanku di sini dan yang menjalankan kehidupanku di Tanah Sana.

Selasa, 21 Januari 2014

KEPADA SEMUA MANUSIA

Aku diperintahkan kepada semua manusia. 


Siapa saja yang mahu kembali kepada Tuhan. Mahu berpaling menuju Tanah Sana yang sempurna lagi abadi...

IKUT PERBUATAN

Mematuhi perintah Tuhan bermaksud ikut dalam segala perbuatan-Nya.

TAK SAMPAI

Naluri kamu nak berbakti kepada Tuhan, namun pembaktian kamu sia-sia, tak sampai. 


Kerana kamu tak kenal Tuhan (belum ada hubungan).

Jumaat, 17 Januari 2014

Khamis, 9 Januari 2014

KENAL NAMA SAJA

Kamu mengenal Tuhan pada nama-Nya sahaja. 


Sedangkan aku mengenal Tuhan pada zat-Nya.