Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Ahad, 29 Jun 2014

KAMU TAK KENAL

'Kamu tak mengenal Tuhan maka Tuhan tak kenal kamu'.


Jadi tiada apa-apa hubungan. Kamu tertipu dengan kepercayaan kamu sendiri.

Sabtu, 28 Jun 2014

LAWANLAH SYAITAN

Kalau kamu nak kenal syaitan adalah yang kafir mengingkari Tuhan. 


Terkeluar menyekutukan Tuhan. Tercampak jauh dari rahmat Tuhan. Yang sia-sia itulah 'permaianan syaitan'. 


Lawanlah habis-habisan kerana mengikut syaitan hanya merugikan sahaja!

Isnin, 23 Jun 2014

LIDAH BERHIKMAT

Bila kamu berhati-hati mengasah lidah, lidah menjadi lebih tajam. Lebih bisa bila ada liur beracun. 


Tetapi amat berhikmat bila hanya membaca ayat Tuhan.

KAMU BOHONG

Kalau kamu kata kenal Tuhan, kamu BOHONG. 


Kerana tiada siapa pun yang sampai kepadaku duduk bersama Tuhanku!

Ahad, 15 Jun 2014

DOSA KAMI

Dosa kami orang arif bukan berbuat dosa seperti kamu orang awam, tetapi berdosa kerana tidak istiqamah mengesakan Tuhan.