Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Rabu, 25 November 2015

JALAN KAMU YANG SESAT

Sebenarnya kamu tak perlu takut, bersusah-payah, berpenatkan diri atau mengusutkan fikiran dengan berebut-rebut membuat amalan-amalan tertentu untuk sampai kepada Tuhan. Semuanya tak kesampaian.


Kerana kamu tak mungkin mengenal Tuhan. Siapa yang dapat tunjukkan Tuhan kepadamu?


AKU! Aku tahu apa yang kamu tak tahu. Aku nampak apa yang kamu tak nampak. Aku boleh tunjuk Tuhan ada JELAS di depanmu!


DATANGLAH KEPADAKU semuanya MUDAH...





Selasa, 13 Oktober 2015

TUHAN KAMU MACAM MANUSIA

Kamu manusia berilmu manusia. 


Sehinggakan Tuhan pun kamu mensifatkan seperti manusia.

Rabu, 7 Oktober 2015

ADA DALAM ILMU TUHAN

Aku katakan Tanah Sana hanya ada dalam ilmu Tuhan. Selagi belum kiamat tidak ada Tanah Sana.


Apa-apa yang dikhabarkan kepada kamu tentang Tanah Sana adalah apa-apa yang ada dalam ilmu Tuhan.


Siapa yang tinggi ilmu makrifatnya, dialah yang dapat melihat bagaimana rupa bentuk Tanah Sana. Yang tiada ilmu hanya mengagak-agak sahaja.

Selasa, 7 Julai 2015

MELEBIHI

Orang miskin lebih percayakan Tuhan. 


Orang kaya lebih mencintai hartanya. 


Orang berkuasa lebih mengagungkan kuasanya.


Orang arif melebihi semuanya!