Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Ahad, 13 November 2016

KAMUKAH YANG BETUL?

Siapa yang betul? Tentu kamu kata kamu yang betul. 


Semua tak betul selagi tidak mengenal Tuhan. Boleh mengenalkah Tuhan dengan ilmu yang kamu ada? 


Mustahil! Kerana mengenal Tuhan hanya bila Tuhan membuka dinding (hijab) di antara kamu dengan Dia.


Isnin, 25 Julai 2016

BERANGGAPAN TUHAN BERPERASAAN

Memang semua beranggapan Tuhan seperti manusia 'berperasaan'.


Tuhan bukan seperti itu. Tuhan di atas segala sesuatu.


Perasaan kamu bukan perasaan Tuhan. Tetapi daripada Tuhan untuk 'menghidupkan' kamu supaya dapat mencari dan mengenal Dia.



TUHAN BUKAN MENGIKUT KAMU

Ingat! Tuhan bukan mengikut kamu. Kamu juga tidak mengikut Dia.


Kamu ikut 'nafsu syaitan' yang dijadikan Tuhan sebagai dinding di antara kamu dengan Dia.

Selasa, 19 Julai 2016

DI ATAS JALAN TUHAN

Ketika kamu lupa kamu bersama syaitan. Bahaya! 



Ketika kamu ingat kamu di atas jalan Tuhan. Masih belum selamat.



Bila terdirinya diri kamu yang sebenar, barulah kamu selamat.

Selasa, 12 April 2016

CERDIK SIFAT TUHAN

Yang menyibuk itulah yang bodoh yang rasa cerdik. 


Yang memerhati itulah yang cerdik. 


Cerdik sifat Tuhan. Bodoh-gelojoh sifat syaitan!


Selasa, 16 Februari 2016

KAMU TAK KENAL TUHAN

Kamu tak kenal Tuhan kalau belum 'berdepan'. Dan tiada lagi rahsia di antara kamu dengan Dia.

KAMU TETAP SYIRIK

Syirik bukan menduakan Tuhan tetapi tidak mengesakan Tuhan dengan segala makhluknya.


Kamu tetap syirik selagi menganggap Tuhan terpisah denganmu (makhluknya).



Sabtu, 23 Januari 2016

Percaya Jadi Tak Percaya Jadi

Bila Tuhan hendak tunjuk hikmat sesuatu benda itu, Percaya Pun Jadi Tak Percaya Pun Jadi. Kerana Tuhan tak perlu kepada kepercayaan kamu.


Memang benda tiada apa-apa kuasa tetapi Yang Berkuasa Ada Pada Benda Itu!