Langkah menuju Tuhan:
Jernihkan fikiran.
Sucikan hati.
Atasi kelemahan ROH; kuatkannya.
Kekalkannya tinggi setinggi zat Tuhan.
'Hanya Tuhan Saja Yang Wujud' - Di sinilah kesulitan yang tak dapat ditembusi manusia.
Kalau kamu ROH; kamu akan mencari dan mengenal Tuhan.
Kalau kamu MANUSIA; kamu ikut apa yang kamu terikut.
Kalau kamu HAIWAN; samalah dengan binatang yang bertempiaran!
Tuhan yang kamu percaya tak wujud. Maha Suci Tuhan daripada kepercayaan-kepercayaan kamu.
Tuhan yang sebenar bersamaku!
Sekiranya aku buka rahsia mengenal Tuhan; dengan sekelip mata kamu dapat melihat rahsia ketuhanan.
Bila kamu mengenal Tuhan tiada lagi tingkat-tingkat kerohanian yang dikatakan itu. Kerana Tuhan itu tidak bertingkat.
Megahnya kamu dengan pegangan dan kepercayaan masing-masing. Sehingga yang kamu itu saja yang betul. Sedarkah kamu?
Celiklah Tuhan bukan hak kamu seorang!