Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Isnin, 10 Jun 2013

MERAYU

Sekarang kamu nak mengenal Tuhan. Sekarang jugalah kamu rasa nak 'beramal'. Nak menuntut ilmu, nak belajar banyak-banyak.

 

Semuanya sia-sia. Satu pun tak berguna! Dah terlambat.

 

Kamu hanya ada satu 'jalan'; merayu padaku maka akan aku tunjukkan.

MENGENAL ROH

Bila kamu mengenal roh kamu sudah dekat dengan Tuhan.

 

Bila kamu sedar tiada yang lain selain daripadamu, maka kamu sudah bersama Tuhan.

Khamis, 6 Jun 2013

TUHAN KAMU MATI BERSAMAMU

Sebut Tuhan keluarlah Tuhan di depanmu. Ingat Tuhan 'nampak'lah Tuhan di hatimu. Itulah Tuhan kamu yang kamu sembah. 


Bila kamu mati, matilah Tuhan kamu bersamamu.

Isnin, 3 Jun 2013

ALAT

Kamu bangga dengan ilmu kamu dan bermegah dengan amalan kamu. Kamu juga amat yakin dengan 'pegangan' masing-masing.

 

Semua itu adalah 'dinding' yang menghalang kamu daripada mengenal Tuhan.

 

Kamu mesti pecahkan dinding itu dengan suatu 'alat'.

Khamis, 30 Mei 2013

PEMBAWA

Siapa guru kamu? Berguru dengan catatan? Boleh sampaikah kamu?

 

Kamu tidak akan dapat melepasi langit pertama, jauh sekali nak ke sisi Tuhan.

 

Ketahuilah kamu mesti dibawa naik oleh seorang 'pembawa'!

Isnin, 27 Mei 2013

TARAF DIRI

Kamu berlumba-lumba menaikkan taraf/kelas diri kamu di dunia ini. Itu bukan sebenar dan bukan sepatutnya.

 

Yang sebenar-benarnya menaikkan darjat/taraf diri kamu ke tempat tertinggi di sisi Tuhan. Menjadi 'diri sebenar-benar diri'.

HATI YANG BERKARAT

Betapa kerasnya hatimu. Tebalnya 'karat' yang menyelubungimu. Sehingga kamu tak mahu 'mengaku' yang kamu sebenarnya tak tahu apa-apa tentang Tuhan dan Tanah Sana.

 

Cuma ikut saja, iaitu percaya pada cerita yang diperturunkan!