Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Sabtu, 22 Jun 2013

MINTA SURGA

Surga hak Tuhan. Kamu kena sentiasa minta pada-Nya. 


Tuhan tak akan beri sebelum kamu 'bersedia menerima'.

Jumaat, 21 Jun 2013

GURUKU TUHAN

"Tidak ada apa yang aku tunggu hanya petunjuk daripada Tuhanku."

 

Mahukah kamu berguru dengan Tuhan?

 

Marilah...marilah bersamaku 'Menerima Petunjuk'.

RAPAT

Kalau kamu kata kamu dekat dengan Tuhan, tidak!

 

Aku terlebih rapat lagi kerana aku bersama dengan-Nya!

Isnin, 10 Jun 2013

MERAYU

Sekarang kamu nak mengenal Tuhan. Sekarang jugalah kamu rasa nak 'beramal'. Nak menuntut ilmu, nak belajar banyak-banyak.

 

Semuanya sia-sia. Satu pun tak berguna! Dah terlambat.

 

Kamu hanya ada satu 'jalan'; merayu padaku maka akan aku tunjukkan.

MENGENAL ROH

Bila kamu mengenal roh kamu sudah dekat dengan Tuhan.

 

Bila kamu sedar tiada yang lain selain daripadamu, maka kamu sudah bersama Tuhan.

Khamis, 6 Jun 2013

TUHAN KAMU MATI BERSAMAMU

Sebut Tuhan keluarlah Tuhan di depanmu. Ingat Tuhan 'nampak'lah Tuhan di hatimu. Itulah Tuhan kamu yang kamu sembah. 


Bila kamu mati, matilah Tuhan kamu bersamamu.

Isnin, 3 Jun 2013

ALAT

Kamu bangga dengan ilmu kamu dan bermegah dengan amalan kamu. Kamu juga amat yakin dengan 'pegangan' masing-masing.

 

Semua itu adalah 'dinding' yang menghalang kamu daripada mengenal Tuhan.

 

Kamu mesti pecahkan dinding itu dengan suatu 'alat'.