Tuhan Tiada

Tuhan Tiada
Tok Guru Bomo Kebaa

Sabtu, 19 Oktober 2013

RITUAL TAK SAMPAI

Tahukah kamu bagaimana nak berhubung dengan Tuhan? 


Sebenarnya tiada satu ritual pun yang sampai kepada Tuhan. Semuanya tertipu! 


Ini kerana Tuhan tidak terputus dengan kamu. Kamu yang terputus dengan-Nya.

Isnin, 14 Oktober 2013

TAK TAHU ZIKIR

Kamu hanya pandai meratib, tak tahu berzikir sebagaimana orang yang dekat dengan Tuhan sentiasa berzikir.

KEKASIH TUHAN

Kamu semua tak dapat mengatasi aku kerana kamu 'kekasih dunia'. 


Sedangkan aku 'Kekasih Tuhan'.

TUHAN YANG MAHA SUCI

Kamu harus membersih dirimu dengan membuang semua yang mengganggu ingatmu (zikir) kepada Tuhan. 


Ketahuilah Tuhan Yang Maha Suci tidak layak berada di tempat yang kotor.

TUHAN TIDAK BERSEKUTU

Ingat Tuhan itu tidak bersekutu dengan sesuatu. 


Jadi Dia tak akan 'hadir' bersamamu kalau masih ada sesuatu dalam dirimu.

Khamis, 3 Oktober 2013

INDAHNYA AKU

Aku tak pernah 'letih' bersama Tuhanku. Aku rasa kesunyian bila meninggalkan Dia. 


Betapa hebatnya aku bila bersama dengan-Nya! Betapa indahnya aku!

Rabu, 2 Oktober 2013

NAFAS TUHAN

Kamu mesti mencari dirimu sampai bertemu. 


Tetapi aku tak pernah bertemu dengan diriku kerana aku adalah 'Nafas Tuhan'!