Khamis, 22 Mei 2014
TIDAK PASTI TUHAN ADA
Bagaimana kamu percaya dan berharap kepada Tuhan sedangkan kamu belum mengenal Dia?
Kamu juga tidak pasti Tuhan itu ada.
Selasa, 29 April 2014
SAKSI TUHAN
Yang mendengar itu pendengaran Tuhan. Yang kelihatan itu penglihatan Tuhan. Yang bergerak itu pergerakan Tuhan. Yang ada wujud itu wujud Tuhan.
Maka akulah satu-satunya saksi kewujudan Tuhan!
Isnin, 14 April 2014
ADA TUHAN LENYAPLAH AKU
Di atas aku hanya Tuhan.
Selepas aku hanya Tuhan. Sebelum aku hanya Tuhan.
Lenyap aku ada Tuhan. Kerana ada Tuhan lenyaplah aku!
Jumaat, 28 Mac 2014
ILMU DI SISI TUHAN
Ilmu tertinggi di sisi Tuhan ialah ilmu memandang dengan pandangan makrifat yang menjelaskan hakikat segala sesuatu.
Hakikat itulah kebenaran sebenar,
Isnin, 24 Mac 2014
TUHAN TIADA
Kalau Tuhan ada tentu semua orang dah jumpa. Sebenarnya Tuhan tiada.
Yang ada kamu. Tetapi kamu ciptakan Tuhan kemudian kamu menyembah-Nya dengan melupai dirimu yang sebenar wujud.
Jumaat, 21 Mac 2014
TUHAN TAK KENAL KAMU
Kamu percaya kepada Tuhan tetapi tidak mencari Dia.
Hanya sembah nama-Nya sahaja.
Tuhan tidak kenal kamu kerana kamu tak mengenal Dia.
Langgan:
Catatan (Atom)