Isnin, 23 Jun 2014
KAMU BOHONG
Kalau kamu kata kenal Tuhan, kamu BOHONG.
Kerana tiada siapa pun yang sampai kepadaku duduk bersama Tuhanku!
Ahad, 15 Jun 2014
DOSA KAMI
Dosa kami orang arif bukan berbuat dosa seperti kamu orang awam, tetapi berdosa kerana tidak istiqamah mengesakan Tuhan.
Khamis, 22 Mei 2014
GURU YANG KENAL
Kamu mesti berguru dengan guru yang mengenal Tuhan, kerana dia ada hubungan langsung dengan Tuhan.
Dan dia adalah pengantara kamu drngan Tuhan.
TIDAK PASTI TUHAN ADA
Bagaimana kamu percaya dan berharap kepada Tuhan sedangkan kamu belum mengenal Dia?
Kamu juga tidak pasti Tuhan itu ada.
Selasa, 29 April 2014
SAKSI TUHAN
Yang mendengar itu pendengaran Tuhan. Yang kelihatan itu penglihatan Tuhan. Yang bergerak itu pergerakan Tuhan. Yang ada wujud itu wujud Tuhan.
Maka akulah satu-satunya saksi kewujudan Tuhan!
Isnin, 14 April 2014
ADA TUHAN LENYAPLAH AKU
Di atas aku hanya Tuhan.
Selepas aku hanya Tuhan. Sebelum aku hanya Tuhan.
Lenyap aku ada Tuhan. Kerana ada Tuhan lenyaplah aku!
Langgan:
Catatan (Atom)